Sunday, December 12, 2010

IBU AYAM UNTUK PENGHASILAN BAKA BARU DIMASUKAN

Assalammualaikum,
kemarin dulu 10/12/2010 aku telah membeli 10 ekor ibu ayam kampung ori. Aku beli dari penternak yang dikira otai sebab dah hampir 8 tahun dia menceburi bidang ternakan ayam kampung. Dia tak lokek syer dia punya pengalaman dan memberi nasihat dan tunjuk ajaq kat aku. aku beli ibu-ibu yang matang kat dia untuk meningkatkan penghasilan teloq dan seterusnya ditetaskan bagi menghasilkan anak-anak ayam. itu bagi menambahkan kuantiti ayam di reban aku. semasa banjir melanda kedah dua bulan lepas, byk jugak la anak- anak ayam aku yang berusia 2 ke 3 bulan mati lemas. so itu semua tak patahkan semangat aku. Alhamdulillah ini semua berkat sokongan daripada wife serta adik2 aku. dalam proses menambah bilangan ternakan aku, aku dah order subah inkubator daripada orang lama juga dikira otai di kedah. aku sekarang tak sabar dok tunggu inkubator tu siap. ibu-ibu yang lama sekarang sedang giat berteloq. tu pasal tak sabaq nak ambiq ikubator tue. kemarin seperti biasa dah cukup seminggu tempoh aku buat semburan EM Bio Ternak dikawan reban dan dalam reban. alhamdulillah keadaan lalat amt berkurangan dan ayam ayam yang di beri minum EM nampak amat riang dan cergas. so kepada sesiapa yang berminat untuk mengoder EM so bleh msg or call aku.

Sunday, December 5, 2010

PENGGUNAAN BIO TERNAK KELUARAN DR.BIO

Assalammualaikum,
Lama aku tak update blog, nak dikatakan telalu bz tak la bz mana pon, maybe tadak idea kot. so ari nie sebenarnya aku tak tau ak tulis apa sebenarnya. ok berbalik kepada tajuk penggunaan EM bio ternak keluaran Dr. Bio. Alhamdulillah setakat sebulan dua yang aku guna untuk sembur reban dan kawasan reban nampak gayanya berkesan dimana kurang bau. So, lalat pon berkurangan la. EM ni sebenarnya bukan setakat untuk semburan pada reban sahaja tetapi boleh juga di jadikan sebagai makanan kesihatan kepada ternakan. dimana cecair EM ni boleh dicampur ke dalam minuman ternakan. EM ini bertindak sebagai agen untuk mempercepatkan proses penghadaman atau pencerna makanan didalam badan haiwan ternakan. itu yang aku tahu dan aku faham dari apa yang aku baca daripada blog-blog saudara rakan ternak dan hasil yang aku dapat daripada penggunaan Bio Ternak itu sendiri. gambar EM tu aku tak sempat nak upload. So aku akan uploadkan di lain masa.