Thursday, August 5, 2010

ANAK-ANAK AYAM SUDAH MENCAPAI UMUQ 1 BULAN

Assalammualaikum,
Anak-anak ayam aku telah mencapai umo 1 bulan, bermakna sudah dua minggu aku membeli anak-anak ayam ni kerana masa aku dapatkan anak-anak ayam ni daripada abg bob umo lebih kurang 2 minggu. Alhamdulillah setakat hari ini, baru 4 ekoq anak ayam aku mati, persentage yang mati amat sedikit. Ini juga adalah berkat daripada aku membaca daripada blog-blog penternak yang dikira otai. Aku yang masih mentah dalam dunia penternakkan ni pada mulanya meletakkan cuma 70% daripada anak-anak ayam ni yang akan hidup. Hari kedua aku bawak balik anak-anak ayam ni aku telah memberi Antibiotik yang aku beli di pejabat haiwan berdekatan. Terima kasih kepada pegawai daripada pejabat haiwan kerana tidak lokek memberi ilmu dan nasihat serta sentiasa membantu memberi galakan dalam bidang ini. Pada pendapat aku ketika anak ayam berusia seawal dua minggu memberi antibiotik dan vitamin amat lah penting bagi mengelakkan kematian, tapi kalau nak mati jugak nak buat macam mana. kita telah berusaha tuhan yang menentukan segalanya.

gambar sebagai hiasan

Tuesday, August 3, 2010

PERCUBAAN PERTAMA

Aku telah mengambil tindakan yang drastik dalam sejarah hidup aku,
setelah sekian lama aku memikirkan jalan bagi meningkatkan taraf hidup dan memperkukuhkan ekonomi keluarga aku, dimana aku memberanikan diri untuk menceburi bidang pertanian atau penternakan amnya.
Dalam percubaan ini aku telah membeli 100 ekor anak ayam kampung ori dari seorang sahabat di Kubur Panjang (abg Bob). Setakat ini alhamdulillah anak-anak ayam nie dalam keadaan baik dan sihat. ini berkat daripada tunjuk ajar dan tip-tip yang aku baca dalam blog-blog yang ada dan telah lama berkecimpung dalam dunia ternakan ayam kampung ori nie. sekarang ni aku dalam proses membina pagar dan reban bagi menempatkan anak-anak ayam yang kian membesar dengan sihatnya. reban dan pagar yang tidak seluas mana ni dijangka siap sebelum tibanya bulan puasa yang akan tiba tidak berapa hari lagi. sekarang aku juga mencari baka-baka ayam kampung untuk di masukan dalam reban yang baru ni. sekiranya blog ni ada dibaca oleh shabat-sahabat yang ingin menjual baka-baka ayam kampung ori boleh berhubung sms saya din 016-4871974.