Thursday, August 5, 2010

ANAK-ANAK AYAM SUDAH MENCAPAI UMUQ 1 BULAN

Assalammualaikum,
Anak-anak ayam aku telah mencapai umo 1 bulan, bermakna sudah dua minggu aku membeli anak-anak ayam ni kerana masa aku dapatkan anak-anak ayam ni daripada abg bob umo lebih kurang 2 minggu. Alhamdulillah setakat hari ini, baru 4 ekoq anak ayam aku mati, persentage yang mati amat sedikit. Ini juga adalah berkat daripada aku membaca daripada blog-blog penternak yang dikira otai. Aku yang masih mentah dalam dunia penternakkan ni pada mulanya meletakkan cuma 70% daripada anak-anak ayam ni yang akan hidup. Hari kedua aku bawak balik anak-anak ayam ni aku telah memberi Antibiotik yang aku beli di pejabat haiwan berdekatan. Terima kasih kepada pegawai daripada pejabat haiwan kerana tidak lokek memberi ilmu dan nasihat serta sentiasa membantu memberi galakan dalam bidang ini. Pada pendapat aku ketika anak ayam berusia seawal dua minggu memberi antibiotik dan vitamin amat lah penting bagi mengelakkan kematian, tapi kalau nak mati jugak nak buat macam mana. kita telah berusaha tuhan yang menentukan segalanya.

gambar sebagai hiasan

1 comment: